CARA MEMBUAT PUDING ROTI RED VELVET KUKUS


Resepi Puding Roti Red Velvet Kukus Sederhana Spesial Asli Enak. Untuk Anda penggemar Puding Roti Kukus Malaysia, dalam artikel kali ini kami akan kongsikan satu resepi puding roti kukus yang mudah untuk diikuti dan hasilnya nanti memang sedap tidak kalah dengan resepi kek red velvet lembab paling senang.

Foto Resepi Puding Roti Red Velvet Kukus Sederhana Spesial Asli Enak
Gambar Puding Roti Red Velvet Kukus

Adakalanya pasti ada lebihan roti tawar putih di rumah. Asyik makan sapu mentenga atau jem pun muak juga kan. Apa kata lebihan roti itu anda variasikan dan jadikan ia satu hidangan istimewa yang enak untuk keluarga. Nak buat untuk makan sendiri atau kongsi dengan kawan-kawan pun boleh juga. Berikut ini kami kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuat puding roti red velvet kukus yang simple ala rumahan (Homemade).

RESEP PUDING ROTI RED VELVET


BAHAN :
  • 6 keping roti putih dicarik-carik
  • 2 bj telor
  • 75 gram gula pasir halus
  • 50 gram butter @ margarine dicairkan
  • 250 ml susu kotak @ susu cair
  • 1 sdt esen vanila
  • Pewarna merah
BAHAN TOPPING :
  • 125 gram cream cheese
  • 50 ml susu pekat manis (ikut selera kemanisan masing-masing)
  • Sedikit air perahan lemon jika suka
  • Chocolate chips
CARA MEMBUAT PUDING ROTI RED VELVET :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Blender semua bahan kecuali topping hingga halus.
  3. Tuang dalam loyang yang sudah dilenserkan.
  4. Kukus hingga masak dalam 25-30 mnt. biarkan sejuk sebelum dihias dengan topping.
  5. Pukul cream cheese hingga tak berketul.
  6. Masukkan susu pekat manis dan sebatikan.
  7. Masukkan air perahan lemon @ limau jika suka dan kacau sebati.
  8. Hiaskan topping di atas pudding dan chocolate chips.


Share
Share
Share
Masukkan Email Valid Untuk Berlangganan Resep

CARA MEMBUAT PUDING ROTI RED VELVET KUKUS