CARA MEMBUAT MEE KARI AYAM MALAYSIA

Resepi Mee Kari Ayam Sederhana Spesial Lengkap Khas Melayu Malaysia Asli Enak. Mee kari sedap siapalah yang tak suka kan?. Saya suka mee kari versi nyonya yang kuahnya agak mild dan sedikit cair, tak berapa pekat dan tak berapa lemak berminyak, boleh dihirup lagi. Dan mee kari wajib ada kerang dan tauhu kering kembung (tauhu pok). Suka betul tauhu kembang tu dalam kuah kari, sedap je!.

Foto Resepi Mee Kari Ayam Sederhana Spesial Lengkap Asli Enak
Gambar Mee Kari Ayam Pedas

Resepi mee kari nyonya ni tak lah susah mana. Senang je nak buatnya, semua orang pun boleh masak mi sup kare ayam. Bahan nak guna pun mudah nak cari. Ayam juga boleh digantikan dengan daging sapi. Ini resepi mee kari ayam komplit yang special sedap tu.

RESEPI MEE KARI AYAM


BAHAN :
  • 1 kg mee kuning
  • 500 gram ayam - potong kecil
  • 13 biji bebola ikan (fish cake)
  • 300 gram udang - buang kulit
  • 4 sudu besar rempah kari ayam - bancuh menjadi pes pekat
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 keping kek ikan (cake fish) atau pempek
  • 1 biji kentang - rebus dan lecek halus
  • 1 kg kerang - rebus dan ambil isi
  • 2 cawan air dari rebusan udang yang dibuang
  • 2 cawan santan cair
  • 2 keping asam gelugor
BAHAN DIKISAR HALUS :
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering- rebus dan toskan
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
  • 1 batang serai - hiris nipis
BAHAN REMPAH TUMIS :
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
  • 2 tangkal daun kari
  • 1 batang kayu manis
BAHAN HIASAN :
  • 4 biji telur - potong 2 bahagian
  • bawang goreng
  • 4 biji tauhu digoreng dan dihiris
  • daun bawang
  • cili merah
  • liamu kasturi - potong 2 bahagian
  • taugeh
  • 2 tangkai sawi - potong dan rebus
  • rebusan udang (tidak wajib)
CARA MEMASAK MEE KARI AYAM MUDAH DAN SEDAP :
  1. Panaskan air sampai mendidih kemudian celur mee kuning seketika. angkat dan toskan
  2. Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana. tumis bahan rempah sampai naik bau kemudian masukan juga bahan kisar halus dan pes rempah kari. kacau sampai sedikit agak garing dan sampai pecah minyak.
  3. Selepas tu masukan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. tuang sanatan cair dan air rebusan udang. selepas tu masak sampai kuah mendidih.
  4. Masukan udang, kek ikan, kerang, kentang, asam glugor, bebola ikan, dan santan pekat. kacau kembali kuah tadi supaya semasa proses memasak tidak pecah minyak.
  5. Masukan sedikit gula dan garam secukup rasa dan akhir sekali, hidangkan mee bersama hiasan dan kuah secukupnya.
  6. Sajikan.

Tags :

CARA MEMBUAT MEE KARI AYAM MALAYSIA