CARA MEMBUAT KUIH PUTERI MANDI


Resepi Puteri Mandi Sederhana Spesial Asli Enak. Kueh putri mandi tepung pulut ni banyak versi macamnya dan warna warni salah satunya yang ini. Kuih basah tradisional ini senang di dapati masa bulan puasa di bazar bazar ramadhan setahun sekali di Kelantan, Malaysia dan daerah sekitarnya.

Foto Resepi Puteri Mandi Sederhana Spesial Asli Enak.
Gambar Kuih Puteri Mandi Ijo/Hijau

Kuih puteri mandi adalah kuih tradisi orang Pantai Timur juga. Mungkin kat negeri lain, namanya lain, tapi rupanya tetap tak sama. Sangat mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan minum petang keluarga. Melayan kuih traditional berasaskan tepung pulut dua hari ni, menghabiskan tepung pulut buat kuih tepung bunga semalam. Berikut resepi kuih puteri mandi sedap dan istimewa lengkap dengan cara bikin sendiri di rumah ala rumahan (Homemade) yang mudah dan praktis.

RESEPI KUIH PUTERI MANDI


BAHAN :
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/2 sk air kapur
  • Air daun pandan secukupnya (kisar4 helai daun pandan bersama 4. 1 cawan air, tapis dan ambil airnya)-saya tambah
  • Sedikit pewarna hijau epal
BAHAN KUAH :
  • 1/2 cawan gula pasir-boleh dikurang atau ditambah
  • 2 keping gula melaka
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan-saya letak 1 helai jer
  • 1/2 cawan kelapa parut-yang muda tau!
  • Garam
CARA MEMBUAT KUIH PUTERI MANDI :
  1. Kisar daun pandan bersama 1 cawan air,tapis dan ambil airnya.
  2. Tepung pulut dicampur dengan air kapur. Tambahkan air pandan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga tepung tidak melekat di tangan dan pada bekas adunan. Jangan masukkan air pandan sekaligus ye, jika tidak cukup boleh tambah air.
  3. Ambil sedikit doh dan gentel bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit ditengah-tengahnya.
  4. Didihkan air dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan doh ke dalam air mendidih. Doh akan timbul bila sudah masak.
  5. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk untuk mengelakkannya melekat.
CARA MEMBUAT KUAH :
  1. Toskan doh yang direndam dalam air sejuk tadi.
  2. Masakkan air, gula pasir, gula melaka, daun pandan dan garam hingga semuanya larut dan sebati. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat dan sesuaikan rasanya.
  3. Masukkan kuih puteri ke dalam kuah dan kacau sebati. Biar agak pekat dan matikan api.


Share
Share
Share
Masukkan Email Valid Untuk Berlangganan Resep

CARA MEMBUAT KUIH PUTERI MANDI