CARA MEMBUAT MURTABAK ROTI GARDENIA DAGING


Resepi Murtabak Roti Daging Sedap Sederhana Spesial Asli Enak. Pernah makan murtabak roti daging keju? Pulak-pulak dalam bulan Ramadhan ni, murtabak roti Gardenia memang jadi salah satu menu hidangan yang pemes lah, kan kalau nak cari kat bazar Malaysia tu. Habiskan stok roti yang dah nak expired dengan membuat murtabak roti isi daging boleh ditukar dengan ayam ikut selera masing-masing. Aku guna roti gardenia wholemeal

Foto Resepi Murtabak Roti Gardenia Isi Daging Sedap Sederhana Spesial Asli Enak
Gambar Murtabak Roti Gardenia Daging

Jom la tengok bahan-bahan murtabak roti daging ni. Well tak rugi mencuba sebab hasilnya sangat sangat baik. Makanan murtabak roti ini bisa dimasak pakai majic pans maupun pakai oven. Berikut resepi murtabak roti isi daging sapi sedap dan istimewa lengkap dengan cara bikin sendiri di rumah ala rumahan (Homemade) yang mudah dan praktis.

RESEPI MURTABAK ROTI


by : LinaKz Shaari
Himpunan Resepi Meletop

BAHAN :
  • 12 keping roti Gardenia
  • 400 gm daging kisar
  • 7 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • Sebiji bawang besar (potong dadu)
  • 1 paket kecil rempah kari daging Babas
  • Lobak merah (parut)
  • Daun sup & daun bawang (hiris)
  • Cili merah (potong kecil)
  • Garam
  • Gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 kotak santan (200ml)
  • 6 biji telur
  • Minyak utk menumis
CARA MEMBUAT MURTABAK ROTI :
  1. Tumbuk bahan yang bertanda *. Kemudian tumis sehingga naik bau dan sedikit garing. Dalam mangkuk lain bancuh rempah dengan sedikit air, kemudian tumis rempah. Guna api sederhana. Tumis sehingga rempah masak dan pecah minyak. Kemudian bubuh daging. Bubuh bawang besar dadu, garam dan gula.. Biar daging empuk & kering. Akhir sekali bubuh lobak dan 1/2 daun sup & 1/2 daun bawang. Tutup api. Biar inti sejuk. Ketepikan.
  2. Sapu loyang dengan butter. Akak guna loyang saiz 8'x 8'x 2 1/2'. Pecahkan telur dalam mangkuk dan asingkan kepada 2 bahagian (3 biji dlm setiap mangkuk, telur tu pukul mcm nak buat telur dadar tapi tak perlu bubuh garam) Dalam bekas lain satukan santan & susu cair. Celup 4 keping roti dgn susu cair & santan dan susun dlm loyang. Kemudian bubuh daging dan ratakan, kemudian tuang telur 3 biji. Kemudian celup lagi 4 keping roti dlm santan & susu cair. Kemudian bubuh daging & ratakan. Kemudian tuang 3 biji telur. Kemudian celup lagi baki roti 4 keping dalam susu cair & santan. Dan tutup lapisan daging tadi. Akhir sekali tuang baki susu cair & santan. Tabur cili merah & daun bawang & daun sup. Bakar suhu 190c selama 1 jam 20 minit (lama sikit bakarnya sebab akk buat 3 lapis roti) suhu & tempoh masa bergantung pada oven masing2.

TIPS & TRICKS :

Nota LinaKz Shaari :

Cara melapis dr lapisan bawah :
  1. Lapisan pertama - Roti
  2. Lapisan kedua - Daging
  3. Lapisan ketiga - Telur 3 biji
  4. Lapisan keempat - Roti
  5. Lapisan kelima - Daging
  6. Lapsan keenam - Telur 3 biji
  7. Lapisan ketujuh - Roti
  8. Lapisan kelapan - Baki susu cair & santan
  • Inti boleh ditukar dengan ayam (ikut selera masing2).
  • Kalau bahagian atas dah masak (warna pon dah tukar coklat) tp bahagian bawah belum masak. Tutup bahagian atas loyang dgn aluminium foil..dan teruskan bakar sehingga masak sepenuhnya.


Share
Share
Share
Masukkan Email Valid Untuk Berlangganan Resep

CARA MEMBUAT MURTABAK ROTI GARDENIA DAGING