CARA MEMBUAT AYAM PERCIK KELANTAN MALAYSIA


Resepi Ayam Percik Kelantan, Malaysia Sederhana Spesial Asli Enak. Menurut blog Aziejaya didalam blognya. Ayam Percik Kelantan Melayu atau ayam bakar percik terdapat 2 jenis, ada yang berwarna putih tidak pedas dan ada yang berwarna merah pedas. Jika sukakan sedikit rasa pedas, sediakan lah ayam percik berwarna merah.

Foto Resepi Ayam Percik Kelantan, Malaysia Sederhana Spesial Asli Enak
Gambar Ayam Percik Kelantan, Malaysia

Ayam percik adalah ayam bakar dengan bumbu khas yang dijadikan lauk istimewa di Kelantan Malaysia. Kalau dulu ayam percik disediakan di majlis majlis kawin tapi kini tiada lagi. Kalau ada pun, hanya sebagai lauk pengantin sahaja. Ini adalah kerana penyediaan percik yang remeh dan memerlukan tenaga yang ramai. Lagi pulak, jika tidak dibuat dengan betul, ianya mudah basi.

Nah, ini lah resipi ayam percik Kelantan yang asli, tidak berkuah seperti yang banyak dijual sekarang ini. Sebaliknya kuah percik akan pekat dan melekat pada ayam. Jom layan resepi nasi ayam percik.

RESEPI AYAM PERCIK MERAH KELANTAN

Oleh: Azie Kitchen

BAHAN :
  • 1 ekor ayam, potong 4
BAHAN PERAP :
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam secukupnya
BAHAN KUAH PERCIK :
  • 2 pek santan pekat
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 3 tangkai cili kering, boleh lebih jika suka pedas
  • Garam secukupnya
  • Gula, kena ada rasa manis
  • 1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
CARA MEMASAK AYAM PERCIK MERAH KELANTAN :
  1. Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.
  2. Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
  3. Sajikan.

RESEPI AYAM PERCIK PUTIH KELANTAN

Oleh: Azie Kitchen

BAHAN :
  • 1 ekor ayam - potong 4 & dikelar sedikit
  • 1/2 keping asam keping
  • Garam
  • Gula
  • 1 batang serai - ketuk
BAHAN KISAR :
  • 6 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 cawan santan pekat
CARA MEMASAK AYAM PERCIK PUTIH KELANTAN :
  1. Kisar beberapa biji bawang merah dan beberapa hiris halia dan lumur pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika. Susun ayam dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang. Nota: Ayam boleh juga dikukus sehingga sehingga masak. Atau boleh juga dicelur seketika.
  2. Kisar pula bahan kisar iaitu bawang merah dan halia bersama santan. Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan bersama serai sehingga pekat. Nota: Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah.
  3. Masukkan garam, gula dan asam keping. Sesuaikan rasa.
  4. Kuah percik dilumur rata pada ayam yang sedang dibakar. Terbalikkan ayam dan bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga kuah percik melekat di ayam.


Share
Share
Share
Masukkan Email Valid Untuk Berlangganan Resep

CARA MEMBUAT AYAM PERCIK KELANTAN MALAYSIA